NADIPreneur Video Pra Latihan 17 (Keras Vs Kemas)
13 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniPada 12 Mei 2026, seorang peserta telah menonton video pra latihan NADIPreneur bertajuk “Latihan 17 (Keras Vs Kemas)”. Video ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik komunikasi dan penggunaan ayat yang lebih sesuai dalam penyampaian kandungan pemasaran serta interaksi bersama pelanggan.
Dalam sesi tersebut, peserta telah didedahkan kepada beberapa perkara penting seperti perbezaan penggunaan bahasa yang terlalu keras berbanding bahasa yang lebih kemas dan profesional dalam perniagaan. Selain itu, peserta turut mempelajari cara menyusun ayat dengan lebih tersusun, penggunaan nada komunikasi yang sesuai ketika mempromosikan produk, serta teknik penyampaian yang lebih berkesan bagi menarik perhatian pelanggan dan meningkatkan keyakinan dalam urusan perniagaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: